Hijauan Bayu, residensi yang terbaru di kejiranan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bandar terancang Kajang 2.
Hijauan Bayu Residensi ialah Fasa 4 pembangunan baru di Taman Universiti, Kajang. Ia adalah hartanah berstatus hak milik kekal yang datang dengan 288 unit sahaja. Setinggi 29 tingkat, ianya disertakan dengan 3 jenis pelan lantai iaitu 1,038sf, 1,159sf dan 1,183sf.
Dengan pakej & kemudahan yang ditawarkan oleh Hijauan Bayu, inilah merupakan peluang yang terhebat kepada pencari rumah sekitar kawasan Bangi..
Terdapat 3 Jenis Unit untuk memenuhi pelbagai keperluan dan gaya hidup.
Mempunyai 96 Unit Jenis A dalam keseluruhan projek dan 4 unit setiap tingkat. 3 bilik tidur, ruangan belajar dan 2 bilik air.
Mempunyai 96 Unit Jenis B dalam keseluruhan projek dan 4 unit setiap tingkat. 4 bilik tidur, ruangan belajar dan 2 bilik air.
Mempunyai 96 Unit Jenis C dalam keseluruhan projek dan 4 unit setiap tingkat. 4 Bilik tidur dan 2 bilik air.
Komuniti Berpagar Dan Mempunyai Kawalan Keselamatan
Tempat Letak Kereta Berbumbung
Kolam Renang Infiniti
Wading Pool
Surau
Gimnasium
Taman Permainan Kanak-kanak
Dewan serbaguna
Bilik membaca
Lot tempat letak kereta amat penting. Kebanyakan daripada kita terutama keluarga muda yang mempunyai anak kecil kebiasaannya mempunyai 2 buah kereta.
Oleh itu, bila ditawarkan 2 lot tempat letak kereta bagi setiap unit kediaman tidak mengira jenis, ia pasti memudahkan anda.
Semua unit mempunyai balkoni tersendiri. Kondominium yang mempunyai balkoni biasanya jarang ditawarkan.
Dan jika ya, harganya akan melonjak naik berbanding dengan yang tiada balkoni. Kemudahan balkoni ini memberi lebih keselesaan kepada penghuni.
Ini kerana ianya memberikan ruang pengudaraan dan pencahayaan yang bagus
Anda hanya memerlukan kurang 10 minit untuk ke Stesen KTM UKM iaitu stesen KTM terdekat dengan Vista Hijauan. Selain itu, jika anda lebih selesa untuk memandu, akses lebuhraya seperti lebuhraya SILK menghubungkan anda dengan ibu kota Kuala Lumpur.
Jika anda berkerja di Putrajaya dan Cyberjaya pula, jarak dari Vista Hijaun kesana hanya mengambil masa kurang dari 30 minit!
Hospital An Nur - 6.6 km
Hospital Az Zahra - 7.8 km
Hospital Kajang - 9.1 km
Hospital Serdang - 14.5 km
Klinik Kesihatan B.B.Bangi - 3.9 km
Jaya Grocer, Bangi Gateway - 5.9 km
Mydin Supermarket - 15.5 km
Econsave, Reko Sentral - 4.6 km
Komuter UKM Station - 1.2 km
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 3.5 km
Universiti Putra Malaysia (UPM) - 17.7 km
German Malaysian Institute (GMi) - 3.1 km
Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) - 4.6 km
Kueen Lai International School - 2.8 km
Sekolah Sri Al Amin Bangi - 900 m
Terminal Bas Kajang - 3.5 km
Galeri Residensi Hijauan Bayu
Beberapa gambar di Galeri Jualan dan gambaran artis/ arkitek untuk Residensi Hijauan Bayu.
Lokasi Hijauan Bayu terletak bersebelahan dengan kejiranan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), German Malaysian Institute (GMi) dan bandar terancang Kajang 2. Lokasi yang matang, dikelilingi oleh kemudahan-kemudahan yang lengkap di sekitarnya.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – 3.5 km
German Malaysian Institute (GMi) – 3.1 km
Berhampiran dengan Stesen Komuter UKM.
Sudah ramai yang mencari rumah di Bangi dan Kajang. Sudah ramai yang menetap di sini. Mari kita lihat kenapa!
Jika anda perasan, pembangunan semakin banyak ke arah selatan Lembah Kelang iaitu Kajang, Bangi dan Nilai. Bahkan ada pemaju yang membina projek perumahan baru hingga ke Dengkil. Oleh sebab itu harga projek baru di Bangi dan Kajang sendiri dah mahal. Walaupun begitu, untuk Lokasi Hijauan Bayu ini, harga nya adalah sangat berbaloi!
Mungkin kerana Bangi adalah bandaraya ilmu, maka ianya tampak lebih aman tenteram. Di sini, keadaan nya aman dan baik. Kawasan majoriti orang Melayu. Surau dan Masjid juga senang di dapati. Penduduk di Bangi kebanyakannya dari golongan Melayu pertengahan ke pertengahan atas dan juga dari golongan profesional . Maka tak hairan lah ini kawasan yang baik. Tambah lagi, UKM pula adalah universiti utama di sini. Tempat ilmu, jadi suasana pun suasana yang baik juga!
Kawasan Bangi sendiri sudah lengkap dengan pelbagai kemudahan asas. Bank-bank banyak berdekatan. Terdapat juga beberapa pusat membeli belah terkenal seperti Bangi Sentral, Evo Mall, Kip Mall dan lain-lain.
Selain itu, banyak juga restoran enak yang terkenal di kawasan ini bagi kemudahan penduduk. Antara yang terkenal adalah Restoran Satay Willie, kedai Nasi Arab di Jalan Reko dan banyak lagi!
Anda hanya memerlukan kurang 10 minit untuk ke Stesen KTM UKM iaitu stesen KTM terdekat dengan Hijauan Bayu. Jika anda lebih selesa untuk memandu, akses lebuhraya seperti lebuhraya SILK menghubungkan anda dengan ibu kota Kuala Lumpur.
Jika anda berkerja di Putrajaya dan Cyberjaya pula, jarak dari Hijauan Bayu kesana hanya mengambil masa kurang dari 30 minit!
Daftar Sekarang
Freehold Condominium
10km to MesaMall & LEKAS Highway
3km to East Coast Rail Link (ECRL) Nilai station (under construction)
1,097 - 2,038 kaki persegi, bermula dari
RM294 per kaki persegi
Sky Semi-D mempunyai 3 bilik tidur 3 bilik air dan 2 tempat letak kereta
Hijauan Bayu Residensi ialah Fasa 4 pembangunan baru di Taman Universiti, Kajang.
Ia adalah hartanah berstatus hak milik kekal yang datang dengan 288 unit sahaja. Setinggi 29 tingkat, ianya disertakan dengan 3 jenis pelan lantai iaitu 1,038sf, 1,159sf dan 1,183sf.